Wednesday 18 March 2015

1 JUN 2014 Hari pendaftaran saya di Uitm . Saya pergi ke uitm menaiki kereta yang dihantar mama , adik-adik dan sedara saya . Masuk je perkarangan Uitm kami diberi sehelai nota oleh Polis bantuan untuk diisi dimana borang itu meminta saya mengisi tentang diri saya dan diberi nama kolej yang akan saya duduki nanti . Saya mendapat kolej yang diberi nama INTAN. Lalu kami pun pergi ketempat yang diberitahu . Nama pun hari pendaftaran mestilah sesak kerana penuh orang ketika itu . Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya ketika itu . Saya mendapat bilik di tingkat bawah sekali yang dikenali sebagai ‘ground floor’ . Macam tahu-tahu je saya memang malas nak naik tangga ni . Selesai pendaftaran , saya dan keluarga saya mengangkat barang untuk dibawa ke bilik yang bernombor 101B . Saya bersyukur lagi sekali kerana bilik saya berdekatan dengan bilik air (hihi) dan tempat untuk makan . Ketika kami sibuk mengemas barang dan membersihkan bilik, seorang senior memberitahu bahawa sebentar lagi pukul 3 petang kami pelajar penerapan akan memulakan sesi orientasi dan hanya membenarkan memakai baju kurung dan bertudung gelap . Selesai berkemas , mama dan sedara mara saya terpaksa pulang kerana mempunyai urusan yang hendak diselesaikan . Bayangkan orang seperti saya yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga akhirnya terpaksa berjauhan selama 4 bulan . Hanya Allah sahaja yang paham apa yang saya rasa . Saya mencium mama , adik-adik dan sedara saya untuk kali terakhir . Setelah hilangnya bayangan keluarga saya , saya terus baring di tilam dan menangis sepuas puas nya sehingga saya terlelap dengan sendirinya . Saya terjaga kerana mendengar pintu bilik diketuk dari luar . Mengerti;lah saya bahawa itu ialah rakan sebilik saya . Alhamdulillah rakan baru saya seorang yang agak ‘brutal’ sedikit dan saya menjangka dia seorang yang ‘happy go lucky’ . Saya membiarkan dia mengemas barang bersama keluarga nya kerana ketika itu saya rasa rindu sangat dekat mama . Lalu saya memejamkan mata saya semula . Setelah saya mengetahui keluarga dia ingin pulang , saya terus bangun untuk menyalami tangan makcik itu . Ya Allah hanya Allah je yang tahu betapa rindunya saya nak cium tangan mama . :’( . Tapi saya tahu saya kena kuat kerana saya lakukan ini semua demi mama yang ingin melihat saya Berjaya . Selesai sudah drama tadi , saya dan roommate baru saya tadi memperkenalkan diri masing-masing . Baru saya tahu nama dia ialah Effa Filzah yang berasal dari Melaka . Dia juga pelajar Diploma manakala saya hanya lah penerapan pra diploma. Tapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki disini . Selesai sesi perkenalan , kami terus mengemas bilik bersama-sama kerana mempunyai banyak habuk . Macam-macam yang kami bualkan seperti sudah lama berkenalan.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates