Wednesday 18 March 2015

Keesokkan harinya : kuliah pertama Saya mendapat tahu bahawa kelas saya ditempatkan di block C . Ketika itu saya langsung tidak tahu dimana block C tersebut . Saya menelefon kawan saya yang menolong saya masuk ke uitm ini untuk menunjukkan jalan ke kelas . Nama kawan saya itu ialah Zainie yang ketika itu dia berada di semester 2 . Dia menemani saya dan menunjukkan semua block yang berada di Uitm supaya mudah untuk saya pergi ke kelas keesokkan harinya . Setibanya di kelas pertama saya iaitu di block C , saya melihat rakan-rakan sekelas saya juga berkumpul di hadapan kelas tersebut , Ketika itu saya berasa yakin bahawa mereka ialah kawan sekelas saya . Tapi saya akui saya tidak mengenali sesiapa langsung ketika itu ,. Muncullah saya sempat menegur seorang kawan perempuan ini kerana ketika itu dia juga seperti saya yang keseorangan ingin mencari kawan baru . Kami bersalaman dan memperkenalkan diri masing-masing . Akhirnya saya mendapat kawan baru yang bernama Dayah . Walaupun pada mulanya agak malu hendak bertegur kerana dari segi pakaian nya , tingkah lakunya menampakkan dia seorang yang agak ganas sedikit tapi sebenarnya dia seorang yang ceria dan agar peramah sedikit . Kami duduk bersebelahan di dalam kelas . Kuliah kami yang pertama ialah subjek MATH . Subjek yang paling saya tidak suka sekali kerana mendapat C sahaja dalam SPM . Kuliah kami yang pertama hanya dimulakan dengan pengenalan sahaja . Pensyarah kami ketika itu ialah seorang wanita yang agak comel dan rendah orangnya . Beliau memberitahu tentang serba sedikit subjek yang bakal kami ambil semasa final nanti . Walaubagaimanapun , beliau memberitahu kami bahawa kelas yang sekarang ini hanya sementara sahaja . Ada yang berada di kelas yang sama , ada yang terpaksa ke kelas lain . Setelah beliau memberitahu serba sedikit tentang peperiksaan kami , kami dibenarkan keluar awal kerana hari pertama hanya lah sekadar berkenalan sahaja . Setelah keluar dari kelas , saya dan dayah pergi semula ke HEA untuk melihat jadual kelas kami yang baru . Ternyata setibanya di HEA , telah ramai orang yang sedang melihat jadual kelas masing-masing . Setibanya giliranku , saya mendapati bahawa nama saya di kelas E iaitu JPD0021E . Terpaksa lah saya berpisah dengan Dayah  Tapi Alhamdulillah , seseorang telah menegur saya dengan memberitahu bahawa kelas kami sama . Kawan baru saya bernama Nadia .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates