Wednesday 18 March 2015

Kelas baru JPD0021E Saya beruntung kerana saya mendapat kawan yang sama kolej , sama kelas dan mungkin menjadi kawan baik saya suatu hari nanti iaitu Nadia . Bermula dengan perkenalan di HEA , akhirnya kami menjadi kawan baik semasa di kelas mahupun luar kelas . Kami keluar makan bersama-sama , buat kerja bersama-sama , semua kami lakukan bersama-sama . Cerita masalah pula bersama-sama . Ok tak nak cerita pasal kami , nak cerita tentang hari pertama kami di kelas JPD0021E . Saya pergi ke kelas bersama Nadia . Setibanya kami d kelas , kami memilih untuk duduk di meja baris no3 dari barisan hadapan . Apabila kami telah duduk disitu , datang seorang kawan baru yang ingin berkenalan dengan kami iaitu Shafika namanya . Dia duduk disebelah saya dan kami berkenalan dengan menanyakan nama , tempat tinggal , kolej ape dan kelas apa sebelumnya . Ternyata kolej kami hanya bersebelahan sahaja walaupun agak jauh sedikit . Kolej dia ialah kolej Zamrud . Kolej tersebut dikenali sebagai kolej yang mempunyai banyak monyet . hehe . Ok berbalik kepada kawan baru kami tadi , macam-macam dia cerita tentang dirinya , Saya dan Nadia hanya mampu berdiam sahaja . Sedang kami rancak berbual , datang seorang demi seorang ahli kelas JPD0021E . Kami yang sudah lama sampai hanya mampu senyum kepada mereka kerana agak malu sedikit untuk menegur mereka .Apabila semua ahli kelas sudah hadir , datang seorang pensyarah kami yang lagi comel dan muda . Beliau memberi salam dan memperkenalkan diri beliau . Nama beliau ialah MISS HAIRIN yang akan mengajar kami subjek Mathematik . Walaupun beliau kelihatan lembut tapi beliau agak straight sedikit.. Kami semua diam semasa beliau bercerita serba sedikit tentang diri beliau . Beliau berasal dari Johor Bharu dan belum berkahwin . Setelah selesai bercerita , kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada semua ahli kelas . Seorang demi seorang bercerita tentang diri mereka . Akhirnya tiba giliran ku untuk memperkenalkan diri saya . Macam ni , “ Nama saya Nurul Natasyha binti Anuar Shahadat , berasal dari Muar Johor ‘’ setelah habis memperkenalkan diri saya , budak lelaki dibelakang saya terus ketawa . Miss bertanya kepada mereka kenapa mereka ketawa ,lalu mereka berkata saya pelat untuk menyebut ‘R’ . Hurm ingatkan mereka semua tak perasan , akhirnya perasan jugak apa yang saya cakap . Setelah habis semua memperkenalkan diri masing-masing , kami dibenarkan untuk keluar kelas awal . walau bagaimanapun , kami tidak pulang ke kolej masing-masing kerana selesai kelas mathematic kami mempunyai kelas ELC sebentar lagi di block yang sama .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates