Wednesday 18 March 2015

3 petang Tepat pukul 3 petang , kami dipanggil untuk sesi orientasi . Daripada pengetahuan saya , sesi orientasi ialah sesi yang paling dibenci oleh pelajar baru seperti kami kerana ia amat membosakan dan memenatkan . Tanpa melengahkan masa , kami terus pergi ke tempat yang diberitahu iaitu kami dikehendaki berkumpul di hadapan kolej masing-masing dengan berpakaian sahsiah rupa diri iaitu berbaju kurung bagi perempuan , berkasut sukan dan bertudung gelap. Kami juga diminta untuk beratur dalam keadaan terurus dibantu oleh senior kami . Selepas itu , kami diminta pergi ke Dewan Seri Temenggong yang dikenali sebagai DST . Kami tidak dibenarkan berjalan perlahan dan dikehendaki berlari untuk kesana . Disebabkan saya mempunyai masalah kesihatan , saya dibernarkan untuk berjalan perlahan sahaja . Setibanya di DST , kami diminta untuk diri untuk menyanyikan lagu Uitm . Nama pun kami baru masuk kan , mestilah tidak tahu lagu tersebut . Tapi ketika itu hanya muzik dari radio sahaja yang kedengaran . Seusai menyanyi sebentar tadi , kami diminta untuk duduk dalam keadaan yang selesa sebelum fesilitator kami berucap untuk memulakan sesi orientasi kami yang pertama . Walaupun ketika itu saya dengar apa yang mereka katakana , tapi percaya lah jasad aku di UITM tapi jiwa saya berada di rumah . Saya tidak dapat menahan sedih kerana rindu mama ketika itu , lalu saya menangis disitu juga . Muncullah kawan sebilik saya,Effa tadi menenangkan saya . Setelah hampirnya dekat pukul 7 , kami diminta ke masjid Asyakirin untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah . Seusai solat , kami mendengar sedikit tazkirah maghrib dari fesi kami . Selepas itu , kami diminta untuk menjamu selera di NR Café berdekatan dengan masjid . Kami juga dibenarkan hanya makan selama 5 minit sahaja . Selesai makan kami ada perjumpaan semula dan diminta untuk berkumpul semula DST . Kami diberi taklimat , permainan , menyanyi sehingga pukul 1 pagi . Selepas itu kami kembali ke kolej masing-masing untuk berehat sebelum memulakan rutin orientasi kami selama seminggu . Keesokkan harinya kami diminta untuk bangun pukul 4 pagi untuk melakukan qiamulaiil di masjid assyakirin . Seperti biasa apabila sudah biasa bangun lambat mesti terasa malas hendak bangun awal pagi . Apabila didalam masjid , semua berada dalam keadaan ngantuk dan akhirnya ramai tertidur daripada mendengar kuliah subuh . Seperti biasa rutin kami sama setiap hari tapi malangnya , tibanya waktu malam kami dikehendaki berkumpul dihadapan DST kerana berlaku sedikit masalah . Kami dimarahi oleh fesi kami sehingga pukul 2 pagi . Kami pulang ke kolej dalam keadaan lewat tambahan pula esok nya kami dikehendaki bangun seperti biasa iaitu 4 pagi .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates