Wednesday 18 March 2015

ROLE PLAY ELC Pensyarah ELC kami bernama MADAM DERWINA . Beliau seorang yang straight sedikit , yang kurang buat lawak tapi agak ……….. hurm . Didalam kelas beliau , kami dikehendaki berbicara bahasa inggeris sahaja . Tapi tak sepenuhnya inggeris . Kadang-kadang bercampur bahasa . Kelas kami kelas yang tidak berapa ‘unite’ sedikit . Ramai yang berpuak-puak semasa di dalam kelas . Pada suatu hari itu , semua pelajar penerapan ingin mengadakan dinner . Kami dikehendaki berkumpul di LT1 untuk mendengar taklimat berkenaan dengan dinner . Walaupun agak hambar sedikit , tapi kami satu kelas bersetuju untuk turut serta menghadiri dinner tersebut waalaupun ada sesetengah kelas yang tidak berpuas hati dan tidak ingin join dinner ini . Setelah bertelagah , kami memutuskan untuk membuat tema PROM NIGHT . Walaupun ramai yang tidak berpuas hati , namun terpaksa akur juga . Setibanya hari tersebut , aku serta kawan-kawan lain pergi tepat pukul 9 malam . Ternyata dinner tersebut memang hambar dan bosan sekali . Tetapi yang paling best sekali apabila kelas kami JPD0021E mendapat anugerah kelas paling unite sekali . Walaupun hadiah nya tidak seberapa tapi kami rasa terharu . choiii . Keesokkan harinya , kelas kami dikehendaki membuat role play di LT1 ,. Kami juga dikehendaki membuat sedikit jamuan akhir kelas kerana tinggal berapa bulan lagi kami di UITM sebelum masing-masing memilih sama ada stay di UITM segamat ataupun UITM di tempat lain. Ok cerita pasal role play pula , Sebelum tibanya hari untuk melakukan role play , kami sekelas telah membuat persiapan dan latihan bersama ahli kumpulan masing-masing . Kumpulan aku terdiri daripada Qawim , Nadia , Shafika dan Shafinaz . Kami membuat latihan di LT1 sehingga pukul 5 pagi . Bayangkan esok kelas pukul 8 tapi pukul 5 tidak ngantuk lagi . Kami menghias seluruh bilik LT bagi mencantikkan lagi keadaan di situ . Kami bertukus lumus menghias dinding LT supaya kelihatan ceria dan cantik . Tepat pukul 5 pagi , kami bersiap untuk mengemas kerana lewat untuk pulang ke kolej masing-masing. Keesokkan harinya , tepat pukul 2 petang , kami sekelas berkumpul di LT1 dan membawa peralatan yang diperlukan dan makanan . Sementara menunggu Madam Derwina sampai , kami berlatih untuk kali terakhir dan masing-masing memakai make-up supaya lebih menampakkan lagi situasi didalam hutan . Akhirnya Msdam Derwina tiba juga , kami diberi kejutan apabila Madam membawa sekotak kek untuk kelas kami . Terharuuu !! Tanpa melengahkan masa lagi , Madam mengarahkan ketua kelas supaya membuat undian bagi menentukan siapa yang melakukan persembahan dahulu . Setelah membuat undian , kumpulan saya mendapat tempat ke6 dari tempat ke7 . Walaupun berdebar tapi Alhamdulillah kumpulan kami mula lambat . hm akhinya tiba juga kumpulan kami melakukan persembahan . Walaupun berdebar tapi kami bersyukur kerana kami buat sehabis baik .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates