Wednesday 18 March 2015

MINGGU FINAL Ok telah tibanya minggu yang busy bagi student IPTA di mana minggu final hampir tiba . Makin dekat nak exam , makin berlambak assignment yang diberikan oleh pensyarah . Jadi, pandai-pandailah bahagikan masa untuk study dan untuk membuat assignment . Kami diberikan tugasan secara individu dan berkumpulan , Semuanya kena hantar sebelum tiba nya final nanti . Semua kelam kabut menyiapkan kerja masing-masing . Kami juga dikehendaki untuk membuat presentation secara berkumpulan . Subjek yang banyak membuat presentation ialah subjek MGT . Setiap kali masuk ke kelas je mesti kami kena present kat depan . Sebelum masuk kelas dia je mesti masing-masing bersedia dengan maklumat yang ada dan paling penting ialah telefon bimbit bimbit di tangan kerana ingin mencari info yang diperlukan. Seterusnya ialah subjek ELC . Kami tidak suka sebernarnya belajar ELC kerana pensyarah kami kejap ok kejap tidak . Kami selalu dimarahi di dalam kelas tapi kadang-kadang kelas kami juga banyak gelak ketawa . . Masing-masing sibuk dengan assignment masing-masing . Apabila bertanya dimana mereka , mereka semua akan berkata di PTDI . kerana apa? Kerana study katanya . Hurm nak cerita tentang kelas pula . Sejak akhir-akhir ini , kelas kami tidak lagi hambar dan selalu makan beramai-ramai . Unite katanya . Mereka juga selalu bergurau di dalam ‘group whatsapp’ . Pada minggu yang sibuk dengan assignment , semua membuat assignment sehingga lewat malam kerana assignment yang hendak dihantar mestilah dalam minggu sebelum menjelangnya minggu final . Minggu akhir inilah kami menggunakan masa yang sebaiknya bersama rakan-rakan sekelas walaupun ada sesetengah rakan yang macam hambar sedikit . Jadi , sampai disini sahajalah saya ingin bercerita tentang perjalanan saya sepanjang menjadi Part 1 di UITM Segamat ini . Saya berharap dan mendoakan kawan-kawan saya yang lain mendapat 4 flat semasa keputusan final nanti supaya dapat membanggakan kedua ibu bapa nanti , insyaAllah amin . Saya juga berharap agar persahabatan yang terjalin bersama kelas JPD0021E dan JIM1101D kekal selamanya dan semua Berjaya dunia dan akhirat . Amin ! 

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates