Wednesday 18 March 2015

30/11/2014 AHAD Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba setelah hampir sebulan lebih cuti semester sebelum bermulanya semester pertama di UiTM Segamat . Tepat pada pukul 11 pagi , saya dan keluarga saya tiba di Dewan Seri Temenggong untuk sesi pendaftaran bagi semester 2 2014/2015 . Kami diminta untuk beratur bagi menyemak borang yang penting supaya lengkap untuk dihantar ke Hal Ehwal Pelajar . Kami juga perlu mengambil gambar untuk membuat kad matrik dan seterusnya menyerahkan segala dokumen kami di salah seorang pembantu HEP yang bertugas sambil mereka memberitahu kolej untuk kami dudukki dan menyerahkan kunci bilik masing-masing . Alhamdulillah saya diberi kolej yang bernama Kolej Si Manja Kini (SMK) dan ditempatkan ditingkat 2 Blok B . Bilik saya mempunyai 4 orang penghuni dan kesemuanya adalah semester 1 dan sebaya . Walaupun kami berlainan course tapi kami rasa kami selesa antara satu sama lain . Setelah berkenalan dan selesai mengemaskan barang , saya menghantar keluarga saya di bawah di tempat kami meletakkan kereta untuk bersalaman buat kali terakhir sebelum saya memulakan pelajaran disini . Keesokkan harinya , bermulalah sesi pelajaran saya yang pertama . Tapi sebelum itu , kami diminta untuk pergi ke HEP untuk melihat jadual dan penempatan kelas . Dan Alhamdulillah saya mendapat kelas D iaitu JIM1101D dan saya juga mendapat kawan baru tidak kira sama ada dari penerapan UiTM Segamat atau penerapan dari tempat lain. Setelah mengetahui kelas apa yang bakal kami duduki ,kami diminta untuk pergi ke kelas yang ditetapkan untuk memulakan sesi pembelajaran . Saya mendapat kawan baru yang bernama Syahirah dan Mahfudzah . Walaupun kami dari penerapan yang sama tempat , tapi kami tidak berkenalan dengan lebih lagi . Tapi setelah kami mengetahui bahawa kami satu kelas , kami menjadi kawan rapat sama ada didalam kelas atau diluar kelas . Saya juga mendapat pensyarah baru seramai 6 orang kerana mata pelajaran yang kami ambil mempunyai 6 subjek . Alhamdulillah semua pensyarah kami baik-baik belaka . Walaupun kami tidak mengenal antara satu sama lain, tapi tetap memberikan komitmen sehabis baik . Hari yang berikutnya, bermulalah sesi pembelajaran kami dengan ‘ice breaking’ bagi mengetahui nama-nama rakan baru di kelas dan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kami. Kami diberitahu bahawa kelas kami antara kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai iaitu seramai 33 orang . Jadi, sesi suai kenal kami tidak dijalankan sehari tapi lebih kurang 2 hari kerana kekangan masa yang ada . Walaubagaimanapun , kami telah menanyakan latar belakang mereka dengan sendirinya walaupun pada mulanya kelas kami pada masa itu agak hambar sedikit .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates