Wednesday 18 March 2015

Hai ! goodmorning ! Assalamualaikum dan salam sejahtera , salam 1 Malaysia , salam warga Uitm dan Uitm Dihatiku !  Saya , nama diberi Nurul Natasyha binti Anuar Shahadat yang berumur 19 tahun , berasal dari Muar Johor (anak JDT !) , mempunyai 5 orang adik beradik dan saya anak kedua . Ayah saya Anuar Shahadat dan mama saya pulak bernama Zuraini . okey ! tu serba sedikit tentang diri saya . Malas nak cerita banyak-banyak sebenarnya . Nak cerita pasal macam mana saya boleh menyambung pelajaran ke Uitm ni . Sebenarnya saya tak layak pon nak masuk Uitm sebab saya punya keputusan SPM teruk hanya dapat 4A2B3C1D . Tapi macam mana tah , ada seorang hamba Allah ni memperkenalkan saya tentang Pra Dip . Dia bercerita lah tentang Pra Dip itu dari awal hingga akhir . Antaranya dia cakap yang pra dip itu percuma tak payah bayar then dapat elaun lagi . Saya pun suka lah walaupun saya tahu saya tak akan dapat pergi kerana kesihatan saya dan mama dan abang juga mesti tak bagi saya pergi walaupun Uitm Segamat tu dekat . Ye, seperti dijangka selepas bercerita dengan mama dan abang , memang betul mereka tidak bagi saya pergi belajar di Uitm . 24 jam saya kena bebel je “ kau jangan nie jangan tu nanti sakit sapa yang susah , duit banyak nak guna bla bla bla ’’ tu jela ayat yang sama saya dengar hari-hari . Sampai lah nak dekat tarikh 1/6 dimana pendaftaran pra diploma ketika itu . Tapi sebelum itu, saya mempunyai kekuatan ingin menelefon pihak Uitm kerana ingin meyakinkan mama saya bahawa penerapan tidak mempunyai kos yang banyak untuk digunakan . Apabila saya sudah bercakap dengan pihak Uitm , saya pass telefon saya dekat mama pula supaya mama percaya apa yang saya cakap . Dan Alhamdulillah mama bagi saya pergi walaupun saya tahu mama berat hati nak lepaskan saya pergi dan mungkin mama terpaksa kerana tahu 4 hari saya tidak makan kerana merajuk sebab mama tak bagi masuk Uitm  Malam sebelum menjelangnya 1 Jun 2014 , saya bertukus lumus menyiapkan apa yang patut seperti borang yang penting dan barang-barang yang hendak dibawa nanti . Walaupun hanya 4 bulan sahaja belajar di Uitm tapi barang-barang yang hendak dibawa seperti belajar selama setahun . Saya berjaga sehingga pukul 2 pagi kerana ‘excited’ nak belajar di Uitm katanya .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates