Wednesday 18 March 2015

Hari terakhir orientasi Seperti biasa kami akan bangun pukul 4 pagi untuk berkumpul dan melakukan aktiviti seperti biasa . Tapi pada hari terakhir ini , kami tidak mempunyai sebarang aktiviti yang memenatkan dimana kami hanya duduk di DST sahaja untuk mendengar ceramah dan sedikit aktiviti yang dijalankan oleh fesi kami . Kami juga ditontonkan tayangan video aktiviti kami sepanjang 7 hari orientasi . Yang paling menghiburkan apabila video pelajar yang tidur semasa taklimat diberikan dan sempat dirakam oleh fesi kami . Selain itu , kami juga dipersembahkan persembahan oleh fesi kami dengan menyanyi dan melakonkan drama di pentas . Baru kami sedar bahawa hari terakhir ini hari yang bakal menjadi kenangan yang patut diingati apabila dah besar kelak . Kami tamat sesi orientasi pada pukul 4 petang . Tapi sebelum tamatnya majlis itu , kami diberi peluang untuk bergambar dengan fesi-fesi dan bersalaman dengan mereka . Kami juga dihidangkan santapan terakhir iaitu sebungkus roti dan minuman . Walaupun berasa sedih sedikit tapi kami amat gembira kerana minggu orientasi yang agak memenatkan dan terasa azab bagi kami semua . Alhamdulillah akhirnya berakhir jugak azab kami . Kami dibenarkan pulang ke kolej masing-masing untuk merehatkan badan kerana keesokkan harinya telah bermula sesi kuliah kami . Setibanya di bilik, saya terus merebahkan badan di katil kerana terasa penat sangat dan tidur yang tidak mencukupi . Tetapi saya hanya dapat melelapkan mata sekejap sahaja kerana waktu maghrib hamper tiba . Malamnya pula kami diberitahu supaya melihat jadual kelas masing-masing supaya tahu dimana kelas kami ditempatkan dan jadual kelas yang telah tertera . Tanpa melengahkan masa , saya terus pergi ke speaker corner untuk melihat jadual dan kelas . Saya mendapat kelas J pada ketika itu . Malangnya semua kawan yang sama kelas , saya tidak kenali . Kelas yang ditempatkan juga saya tidak tahu apatah lagi kami baru pelajar baru di UITM ini . Saya berasa terpinga-pinga kerana tidak tahu langsung mata pelajaran yang bakal kami pelajari .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates