Wednesday 18 March 2015

HALANGAN APABILA HIDUP DI UITM Ok , nak cerita pasal halangan di UITM ini . Apa halangan ek ? halangannya ialah berjauhan dengan keluarga . Yela adat lah kan bila sambung belajar mestilah terpaksa berjauhan dengan keluarga ,. Lagi – lagi orang yang tak pernah berjuahan langsung dengan keluarga , hanya Allah je yang tahu perasaan rindu tu macam mana ,  Tiap kali nak balik je mesti nangis . Tiap kali telefon mama je mesti nangis . Tapi kawan-kawan je yang paham perasaan aku bila hari-hari nangis nak balik . Walaupun rumah dekat je kat Muar tu tapi disebabkan sibuk dengan assignment , tak dapat nak balik rumah setiap minggu . Tidak seperti dulu semasa pra dip , setiap minggu balik . Dapat jumpa keluarga sekejap pun jadi lah . Tidak boleh bayangkan bila suatu hari nanti kehilangan orang tersayang bila kita tiada disisi mereka . hurm . Tak nak cerita benda yang sedih-sedih . Aku masuk sini sebab nak banggakan mama bahawa aku juga boleh menjejakkan kaki ke university seperti anak orang lain . Walaupun aku bukan dikalangan anak orang yang senang , tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku untuk masuk uitm ini . Aku tahu siang malam mama piker pasal aku sepanjang aku kat sini , dah makan ke belum , sihat ke tidak , tapi aku kena kuat juga sebab tak nak mama nangis sebab aku , tak nak mama risau tentang aku . Bila masuk university ni kena niat belajar kerana Allah dan nak Berjaya supaya dapat banggakan kedua ibu bapa . Mereka bersusah payah mencari duit demi kita , demi membesarkan kita jadi sekarang tiba masanya kita memba;las jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh dan buat mereka bangga dengan kita . Kita juga perlu mendapat keredhaan Allah supaya senang mendapat ilmu kerana redha Allah terletak di bawah redha ibu bapa . Aku harap aku dapat membanggakan mama suatu hari nanti . Amin insyaAllah . Halangan yang terpaksa ditempuh bila di uitm ialah kena belajar sendiri , buat kerja sendiri , kena pandai cari kawan , berjimat semua nya kena sendiri . Selalu yang buat semua tu ialah mama , tapi sekarang terpaksa hidup berdikari . Dekat sini nak buat apa , buatlah , janji buat benda yang betul dan pandai jaga diri . Orang dah takde nak tegur kita lagi . Aku juga tidak selalau balik memandangkan tiket yang susah dapat dan mudah habis . Justeru , berada di uitm amatlah bosan apabila cuti minggu semua pelajar balik ke rumah masing-masing .

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates